Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
slide
Print

Unit Pembangunan Sumber Ilmu

Pengenalan
Unit Pembangunan Sumber Ilmu Perpustakaan KUIN bertanggungjawab memilih dan memperolehi bahan-bahan bacaan bercetak dan bukan bercetak yang sesuai dan berkualiti bagi perpustakaan. Ia juga berperanan untuk memudahkan akses kepada semua bentuk maklumat dalam semua lingkungan perkara kecuali majalah bagi memenuhi keperluan pengguna perpustakaan secara efektif.

Cadangan dan permohonan daripada kakitangan akademik KUIN disalurkan kepada bahagian ini untuk proses pembelian. Perpustakaan ini juga telah menerima banyak sumbangan bahan-bahan perpustakaan dari individu dan institusi.

Fungsi Bahagian

  1. Membeli bahan perpustakaan termasuk bahan bercetak seperti buku,thesis, phamplet dan bahan bukan bercetak seperti CD-ROM, kaset, video dan lain-lain.

  2. Memproses bahan sebelum di hantar ke Bahagian Pemprosesan Teknik.

  3. Mengendalikan buku hadiah dan pertukaran buku  perpustakaan dengan agensi luar.

  4. Menerima bahan-bahan pesanan melalui pembelian.

  5. Menerima bahan-bahan sumbangan dan hadiah. 

Polisi Pelanggan

  1. Pembelian / pesanan hanya dibuat melalui Kontraktor Kerajaan sahaja kecuali bagi bahan-bahan yang dicetak di dalam negeri dan bahan-bahan bukan bercetak seperti kaset, video tape, CD-ROM dan lain-lain.

  2. Cadangan pembelian buku adalah dibuat oleh kakitangan akademik fakulti Program berkenaan dengan mendapat sokongan dari Dekan, Timbalan Dekan atau Ketua Program.

  3. Kakitangan bukan akademik juga boleh membuat cadangan dengan mendapat sokongan dari Ketua Bahagian masing-masing.

  4. Kakitangan professional perpustakaan boleh juga membuat cadangan/pemilihan tetapi hanya untuk buku-buku yang berbentuk rujukan am buku-buku cerita atau novel dan buku-buku untuk ‘general reading’.

  5. Jumlah naskhah bagi setiap judul adalah di antara 3 – 5 naskhah sahaja kecuali buku-buku teks dan rujukan utama, 1 naskhah sahaja.

  6. Jenis bahan ‘hard cover’ atau Kulit tebal adalah diutamakan.

  7. Buku-buku yang berharga lebih dari RM500 akan ditempatkan dalam kumpulan buku-buku ‘R’ (rujukan) berlebal merah.

  8. Bahan-bahan rujukan utama seperti kamus, atlas, ensiklopedia,  handbook, dan lain-lain lagi juga ditempatkan di dalam kumpulan bahan-bahan‘R’(rujukan).

  9. Bagi buku-buku yang disertakan dengan CD, CD akan disimpan di Unit Rujukan.  Manakala bukunya akan diletakkan di rak terbuka atau ‘ruj’(rujukan).

  10. Pemilihan adalah berdasarkan polisi Perpustakaan INSANIAH ke arah pengembangan ilmu dan maklumat kepada pelajar.

 

  1.    SUMBER PEROLEHAN BAHAN PERPUSTAKAAN

Bahan-bahan untuk koleksi Perpustakaan diperolehi secara:

    • Pembelian melalui kontrak pusat
    • Pembelian sendiri oleh Perpustakaan
    • Hadiah dan sumbangan daripada agensi kerajaan dan swasta serta individu 
  • PROSEDUR : PEROLEHAN BUKU DAN BAHAN-BAHAN MAKLUMAT

Objektif prosuder tersebut ialah membeli buku dan bahan-bahan maklumat lain untuk koleksi perpustkaan. Prosedur ini digunapakai untuk pembelian buku dan bahan-bahan maklumat sebelum diproses oleh unit Pemprosesan Teknikal.

Pembantu Perpustakaan bertanggungjawab menerima dan memastikan setiap judul dan bahan maklumat yang dipohon oleh Pensyarah atau Pustakawan akan disemak pada senarai duplikasi dari Sistem Maklumat  Perpustakaan Atas Talian (OPAC) bagi memastikan buku yang dipohon tidak terdapat dalam senarai buku perpustakaan. Sekiranya buku yang dipohon tiada dalam senarai koleksi perpustakaan, pesanan buku akan dibuat kepada pihak pembekal yang  telah dilantik.

  • PROSEDUR : PENJILIDAN MAJALAH DAN JURNAL

Objektif prosuder tersebut ialah memberi perincian tentang proses penjilidan majalah dan jurnal. Prosedur ini digunapakai bagi menguruskan proses penjilidan majalah dan jurnal. Sebarang kesulitan dan permasalahan yang berkaitan akan dirujuk dengan syarikat penjilidan yang dipilih.

Pembantu Perpustakaan bertanggungjawab mengumpul dan memastikan majalah dan jurnal dihantar untuk dijilid oleh pembekal yang berdaftar.

  • PROSEDUR : PENGENDALIAN KEROSAKAN BUKU

Objektif prosuder tersebut ialah memastikan kerosakan buku dapat diperbaiki. Prosedur ini digunapakai untuk mengurus kerosakan buku-buku perpustakaan. Sebarang kesulitan dan permasalahan yang timbul akan dirujuk dengan Syarikat Penjilidan yang dipilih.

Pembantu Perpustakaan bertanggungjawab dalam memastikan buku dihantar untuk dibaiki oleh pembekal yang berdaftar. Pustakawan bertanggungjawab mengesahkan buku-buku yang telah diperbaiki mengikut  kategori kerosakan.